
Besut, atas kedudukannya sebagai daerah tepi laut dan banyak pulau berdekatan, muncul sebagai antara destinasi pelancongan menarik dan terbaik di negara ini.
Malah, kedudukannya sebagai daerah yang sangat pesat dengan aktiviti nelayan dan perikanan menjadikan Besut sebagai destinasi libur yang sangat unik lagi menarik untuk dikunjungi.
Justeru, tidak dapat tidak, anda mesti memasukkan daerah Besut sebagai satu daripada senarai lokasi libur yang perlu disinggahi.
Apa menarik di Besut?
Amat banyak yang menarik di Besut. Selain pantainya bersih, landai dan unik, Besut turut dianugerahi pulau-pulau cantik dan lata atau air terjun yang mempesonakan.
Apakah pantai, pulau dan lata berkenaan? Berikut ialah sebahagian daripadanya. Mari kita lihat satu persatu!
Pantai Bukit Keluang
Pemandangan Pantai Bukit Keluang sangat cantik. Anda tentu terpegun. Di sini anda dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti mendaki (hiking) dan mandi laut.
Pantai Air Tawar
Ini juga satu destinasi yang sangat cantik. Pantai dan lautnya amat indah, putih dan bersih. Ia sangat sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga.
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian sangat unik. Pulau ini sudah berada dalam kamus pelancongan antarabangsa sejak lama. Ia sangat indah dan menakjubkan.
Lata Tembakah
Selain pantai, Besut turut kaya dengan destinasi hutan lipur. Antaranya ialah Hutan Lipur Lata Tembakah yang popular dengan air terjun lima tingkat.
Air Panas La Hot Spring
Satu lagi destinasi bukan pantai di Besut ialah La Hot Spring. Di sini anda dapat berrendam santai di dalam kolam air panas yang berkhasiat untuk merawat kulit.
Besut Cruise
Di Besut, untuk menikmati semua keindahan alam itu, ada satu perkhidmatan unik disediakan di kawasan berkenaan.
Perkhidmatan yang dimaksudkan ialah Besut Cruise. Anda dapat memperolehi info lanjut mengenai perkhidmatan Besut Cruise di Facebook Page berkenaan di sini.
Untuk mendapatkan perkhidmatan Besut Cruise, anda juga boleh hubungi Nurul Sharhani di talian 011-1862 7420.
Perkhidmatan Besut Cruise ialah sejenis perniagaan sosial (sosial business) yang diwujudkan khusus bertujuan membantu golongan miskin menerusi perniagaan dan peluang pekerjaan.
Jangan lupa ‘share’:
Lagi Dari Besut Cruise
Bacaan Berkaitan

Kerajaan Siam, Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji