
“Besut Map” by Egard89 is licensed under CC BY-SA 4.0
Besut ialah satu daerah di utara Terengganu bersempadan dengan Kelantan di sebelah utara, Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur.
Dengan keluasan 123,367.8 hektar persegi, ia mengandungi 15 mukim, termasuklah Keluang, Kuala Besut, Bukit Puteri, Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban, Bukit Kenak, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk Kawah, Pasir Akar dan Tembila.
Sejarah awal Besut
Dari segi sejarah asal usul, tidak banyak catatan rasmi mengenai Besut. Catatan yang ada hanya oleh Munsyi Abdullah menerusi ‘Pelayaran Abdullah Ke Kelantan’ dan ‘Tuhfat al-Nafis’ karangan Raja Ali Haji.
Namun, wujud pelbagai cerita lisan mengenai sejarah asal usul Besut. Antaranya kononnya nama Besut muncul ketika daerah ini berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu masa dahulu.
Menurut cerita, ‘Besut’ berasal daripada perkataan ‘be’ yang bermakna ‘daerah’ dalam bahasa Siam, manakala ‘sut’ bermaksud ‘satu kawasan paling jauh atau di penghujung’.
Perkataan itu muncul disebabkan kedudukan Besut yang dianggap terlalu jauh dari Bangkok, iaitu pusat pentadbiran Kerajaan Siam.
Ada juga kisah lain yang dikaitkan dengan nama Besut, iaitu kononnya daerah ini suatu masa dahulu diperintah seorang raja dikenali sebagai Raja Sang Nyanya.
Raja ini dikatakan ketua lanun yang sangat zalim. Ini menyebabkan tidak ramai mendiami kawasan itu, kecuali kumpulan penduduk Pangan.
Selepas raja berkenaan meninggal dunia, kawasan ini kekal dihuni kumpulan penduduk Pangan yang diketuai seseorang bernama Besut.
Dari situlah daerah Besut ini dikatakan mendapat namanya.
Besut kian pesat
Kini daerah Besut makin pesat membangun. Selain dikenali sebagai antara pusat aktiviti nelayan dan perikanan utama di negara ini, Besut turut popular dengan banyak lokasi pelancongan menarik.
Antaranya Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar, Lata Tembakah, Air Panas La Hot Spring dan Pulau Perhentian.
Sebenarnya banyak lagi lokasi pelancongan menarik sekitar daerah Besut.
Ini akan diperincikan di dalam artikel lain.
Besut Cruise
Dan, bagi mereka yang mahu menikmati panorama alam menakjubkan di pelbagai lokasi pelancongan sekitar Besut ini, kini ada satu perkhidmatan yang baik disediakan, iaitu Besut Cruise.
Info mengenai perkhidmatan Besut Cruise dapat dibaca di Facebook Page berkenaan di sini.
Perkhidmatan Besut Cruise lebih merupakan sejenis perniagaan sosial (sosial business) yang sengaja diwujudkan bertujuan membantu golongan miskin menerusi perniagaan dan peluang pekerjaan.
Untuk mendapatkan perkhidmatan Besut Cruise, anda boleh hubungi Nurul Sharhani di talian 011-1862 7420.
Jangan lupa ‘share’:
Lagi Dari Besut Cruise
One reply on “Besut: Info menarik yang patut anda tahu”
Terbaik ni