
Masjid Lapan Kubah di Besut adalah satu lagi tarikan pelancongan yang patut dikunjungi jika melancong ke daerah ini.
Masjid yang turut digelar dengan nama Masjid Rusia ini terletak di Kampung Lapan Kotak, Jertih, Besut, Terengganu.
Latar belakang
Ia dikaitkan sebagai Masjid Rusia disebabkan rekabentuk dan senibinanya menyerupai bangunan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia.
Masjid yang terletak di kawasan bendang padi di tengah kampung ini diusahakan pembinaannya seawal 2012.
Pusat ibadat dengan kos pembinaan kira-kira RM4 juta ini dihasilkan daripada kutipan dana pelbagai pihak. Idea pembinaannya terjelma bagi menggantikan masjid kayu yang sudah usang berusia lebih 100 tahun di kampung berkenaan.
Kubah yang menarik
Antara yang menarik mengenai masjid ini ialah gabungan warna yang pelbagai pada kubah. Lapan kubah itu menggunakan warna merah, kuning, putih, hijau dan biru. Ini menghasilkan seni rekabentuk yang sangat unik serta menarik perhatian umum dari dalam dan luar negara.
Malah, ia menjadi destinasi pelancongan yang dikunjungi pelancong pada saban hari dan tahun.
Hasil tangan tukang tempatan
Masjid Lapan Kubah di atas tapak seluas 0.6 hektar ini yang mampu menampung sehingga kira-kira 500 jemaah pada satu satu masa, dihasilkan oleh tukang dan arkitek tempatan.
Satu lagi elemen unik di masjid ini ialah kewujudan sebuah beduk lama berusia lebih 50 tahun yang pernah digunakan untuk memberitahu orang kampung setiap kali masuk waktu solat.
Jika anda mengunjungi masjid ini, anda dapat membaca info lanjut mengenai sejarah dan fakta pembinaan di satu sudut di masjid ini.
Justeru, bagi mereka yang sedang mencari info mengenai lokasi yang patut dikunjungi di Besut, inilah antara lokasi yang patut anda kunjungi di daerah ini – Masjid Lapan Kubah.
Derma masjid
Orang awam boleh menderma kepada masjid ini tidak kira masa melalui aplikasi Sujood. Cuma download dan pilih masjid lapan kubah dari masjid-masjid yang disenaraikan. Alternatif selain memuat turun aplikasi Sujood, kira juga boleh derma terus tanpa perlu download aplikasi tersebut di link ini: https://masjidlapankubahbesut.sujood.net/ . Semoga derma kita terus membawa kebaikan kepada masjid ini, orang disekitarnya dan kepada diri kita juga sebagai penderma.
Jangan lupa ‘share’:
Lagi Dari Besut Cruise
Bacaan Berkaitan

Kem Damai, Demong, Kayak, Bukit Keluang