Categories
Hotel Tempat Menarik

Hotel di Besut: Penginapan selesa di bandar nelayan

gambar bukit keluang

Di Besut, bandar nelayan yang sekali gus juga antara bandar pelancongan popular di Terengganu, mempunyai pelbagai hotel dan resort menarik, malah murah.

Ia berbaloi untuk anda kunjungi Besut dengan adanya kemudahan penginapan hotel atau resort yang bukan sahaja murah, malah dilengkapi kemudahan sewajarnya.

Jika anda bercadang melancong ke Besut, maklumat di dalam artikel ini sangat berguna untuk mengetahui sekurang-kurangnya lima hotel atau resot sebagai penginapan yang sesuai dengan bajet anda.

Lima hotel atau resort di Besut

Ada banyak hotel dan resort di sekitar Besut yang sesuai untuk anda pertimbangkan bagi tujuan penginapan selama berkunjung atau aktiviti libur di Besut.

Antara hotel atau resort yang anda wajar dipertimbangkan ialah Kem Damai/ Damai Beach Resort, Demong Beach Resort, Bukit Keluang Beach Resort, D’pinggiran Gunung Tebu Resort, D’ Rizan Resort dan The Manor Beach Resort. 

Semua hotel atau resort ini terletak tidak jauh dari kawasan pantai dan pusat jualan hasil perikanan nelayan Besut.

Elemen yang patut dipertimbangkan

Apa yang penting ialah anda patut perhatikan beberapa elemen utama yang ada pada hotel atau resort atau chalet berkenaan sebelum membuat pilihan untuk menempah penginapan.

Antaranya termasuklah dari segi lokasi, kemudahan pada hotel berkenaan dan persekitaran hotel.

Lokasi

Dari segi lokasi, anda patut ambilkira adakah ia dekat dengan beberapa destinasi lain yang anda ingin lawati seperti muzium, pasar budaya dan sebagainya.

Kemudahan

Dari segi kemudahan pula, antara yang patut anda ambil kira ialah adakah hotel berkenaan berdekatan dengan pasar atau pasar raya, pasar mini dan seumpama. 

Ini memudahkan anda sekeluarga sepanjang menginap di hotel berkenaan. Seperti contoh, di Kem Damai, penginap boleh berhubung dengan pihak pengurusan di sana bagi menaiki Bukit Keluang, berkayak atau ber-abseiling!

Persekitaran

Pastikan juga persekitaran hotel adalah kawasan yang selamat, tidak terlalu terpencil serta tidak terlalu sibuk. Semua elemen ini perlu diperhatikan dan diambil kira sebelum anda membuat tempahan. Di Besut, kebanyakan hotel popular mempunyai semua elemen yang baik dan sesuai. Anda boleh pertimbangkan satu daripadanya.

Jangan lupa ‘share’:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Lagi Dari Besut Cruise

Bacaan Berkaitan

gambar masjid lapan kubah

Masjid Lapan Kubah, Kampung Lapan Kotak, Rusia

Bacaan Berkaitan

Kerajaan Siam, Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *