Categories
Sejarah

Ilham Besut Cruise

BESUT CRUISE
….perniagaan sosial

Setelah satu jam setengah perjalanan dari kota Bangkok, saya, isteri saya Kamariah dan Najib sampai di pengkalan pasar terapung. Sudah lama saya nak ke situ. Gambar-gambar sampan-sampan, makanan, jualan barang-barang tradisional dan keindahan pasar terapung Bangkok sentiasa dipemikiran saya.

Kami menyewa sebuat sampan dan terus meyusur terusan dan sungai kecil dikawasan tersebut. Setelah hampir 30 minit diatas sampan, saya mulai terfikir apakah yang buat tempat ini menarik sangat.
Apa kurangnya muara sungai di kampung saya, Kuala Besut. Air sungainya lebih bersih. Pemandangan hutan nipah, jambatan, perahu-perahu nelayan, flora fauna dan udara yang nyaman jauh lebih menarik. Terus terlintas dipemikiran saya untuk mewujudkan sesuatu di muara Sungai Besut.

Saya bayangkan cruise dengan keluarga atau kawan-kawan sambil minum air nyior dan makan makanan traditional seperti kerepok lekor, sata dan otak-otak semasa cruise. Mungkin ada yang hendak menyambut harijadi sambil belayar. Pemandangan yang indah dikiri kanan dan angin muara sungai akan menjadikan cruise lebih menarik. Saya tersenyum. Nampak peluang perniagaan baharu untuk kaum nelayan di Kuala Besut.

Setelah pulang saya mula berbincang dengan kawan-kawan bagaimana nak terjemahkan pemikiran itu menjadi kenyataan. Kosnya perlu berpatutan supaya ianya menjadi satu konsep perniagaan yang mampan.

Ini merupakan satu cabaran baharu di pejabat Ahli Parlimen Besut. Hj Li (Rozali Embong) dan Wan Zakaria terus mencari pengusaha fibre glass untuk digunakan sebagai asas bot. Saya melukis lakaran bot yang sesuai.

Saya hubungi Aziz, pengurus LKIM. Aziz beritahu saya beberapa pandangan bagaimana tapak bot perlu dibuat. Saya hubungi YB Tengku Zaihan. YB Tengku Zaihan amat berminat kerana dia nampak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang boleh dijana. Pada malam perbincangan yang pertama, saya terkejut apabila dia bawa hampir 10 orang berjumpa dengan saya. Tengku Zaihan bawa bersama Bad, Zaki, Pak Nor, Anjang, …. Pada malam itu, mereka berjanji untuk menyiapkan prototype bot dalam masa dua minggu. Selepas platfom contoh siap, kami buat keputusan untuk melancarkan produk ini pada pagi hari Raya Haji, 11hb Ogos 2019. Kita namakan cruise ini Besut Cruise sempena nama daerah kami.

Nobel Prize

Mengambil pandangan Prof Mohamad Yunus, pemenang hadir hadiah Nobel keamanan, kami berniat untuk gunakan Perniagaan Sosial, sebagai konsep perniagaan ini.
Saya tertarik dengan konsep perniagaan ini kerana perniagaan sosial diwujudkan hanya untuk menyelsaikan isu sosial. Perniagaan yang diwujudkan untuk bantu ekonomi mesyarakat, atasi isu kemiskinan, isu kesihatan atau isu kebajikan masyarakat.
Dimasa yang sama, perniagaan perlu viable dan menyeronokkan. Perniagaan sosial juga memberi penekanan supaya ianya mesra alam dan menjaga kebersihan.

Setelah sebulan beroperasi, kami terus memperbaiki struktur bot kami. Bad, Zaki, Pak Nor, Che Hamid dan Firdaus bertungkus lumus bekerja diwaktu malam untuk menyiapkan bot yang kedua dan ketiga. Penumpang mulai bertambah. Potensi Besut Cruise nampak semakin cerah. Ada penumpang mengatakan bahawa ianya lebih baik daripada pengalaman bersampan di Vietnam. Malah ada yang berkata Besut Cruise boleh mengatasi pengalamannya menaiki gondola di Venice apabila diiringi dengan musik tradisional.

Usaha pemasaran pula menjadi cabaran seterusnya. Teh bantu menyiapkan gambar-gambar dimedia sosial. Syarhani mula bertugas untuk bantu pemasaran. Ramai orang main peranan.

Alhamdulillah, setelah tiga buah bot siap, ada pula seorang hamba Allah yang sudi membiayai sebuat bot untuk disedekahkan kepada perusahan ini kerana tertarik dengan konsep perniagaan sosial Besut Cruise, perniagaan untuk masyarakat. Saya doakan penderma diberkati Allah dan sentiasa berjaya didalam perniagaannya. Alangkah baiknya jika lebih ramai anak-anak Besut yang berjaya bersikap demikian.

Setiap bot memerlukan seorang pemandu dan seorang pembantu. 50 bot akan memberi peluang kepadà 100 orang anak tempatan. Peluang pekerjaan seterusnya kepada mereka yang bekerja membaiki bot, kakitangan pengurusan dan pemasaran. Peluang pekerjaan akan terus bertambah apabila bilangan bot bertambah.

Dalam masa sebulan pun kita sudah nampak restoran-restoran berhampiran sudah mula dikunjungi pelancong. Haji Rahim dari Ombak Biru amat merasa apabila nasi dagang udangnya bertambah laris. Jualan air nyior, kerepok lekor, otak2 dan sata menjadi bertambah lumayan.

Peluang perniagaan baharu akan muncul apabila bilangan bot bertambah. Akan muncul restoran terapung, kedai terapung, pertunjukan traditional diatas platform terapung dan banyak lagi peluang perniagaan baharu akan tercipta.

Mungkin ada yang nak melihat kunang-kunang diwaktu malam. Ada pula yang nak lihat ketam nipah dan menimba pengalaman kutip daun nipah.

Alhamdulillah, Besut Cruise dan perniagaan sosial sudah mula membawa wajah baharu kepada parlimen Besut. Saya doakan supaya kami sentiasa diberi petunjuk oleh Allah swt. dan terus diberi keberkatan didalam mengharungi cabaran hidup ini.

oleh Dato Seri Idris Jusoh.

Jangan lupa ‘share’:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Lagi Dari Besut Cruise

Bacaan Berkaitan

2wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Pulau Perhentian, La Hot Spring, Lata Tembakah

Bacaan Berkaitan

Kerajaan Siam, Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *