Categories
Masjid Rusia Tempat Menarik

Masjid Lapan Kubah: Antara destinasi pelancongan di Besut

gambar masjid lapan kubah

Masjid Lapan Kubah di Besut adalah satu lagi tarikan pelancongan yang patut dikunjungi jika melancong ke daerah ini.
Masjid yang turut digelar dengan nama Masjid Rusia ini terletak di Kampung Lapan Kotak, Jertih, Besut, Terengganu.

Latar belakang

Ia dikaitkan sebagai Masjid Rusia disebabkan rekabentuk dan senibinanya menyerupai bangunan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia.

Masjid yang terletak di kawasan bendang padi di tengah kampung ini diusahakan pembinaannya seawal 2012.

Pusat ibadat dengan kos pembinaan kira-kira RM4 juta ini dihasilkan daripada kutipan dana pelbagai pihak. Idea pembinaannya terjelma bagi menggantikan masjid kayu yang sudah usang berusia lebih 100 tahun di kampung berkenaan.

Kubah yang menarik

Antara yang menarik mengenai masjid ini ialah gabungan warna yang pelbagai pada kubah. Lapan kubah itu menggunakan warna merah, kuning, putih, hijau dan biru. Ini menghasilkan seni rekabentuk yang sangat unik serta menarik perhatian umum dari dalam dan luar negara.

Malah, ia menjadi destinasi pelancongan yang dikunjungi pelancong pada saban hari dan tahun.

Hasil tangan tukang tempatan

Masjid Lapan Kubah di atas tapak seluas 0.6 hektar ini yang mampu menampung sehingga kira-kira 500 jemaah pada satu satu masa, dihasilkan oleh tukang dan arkitek tempatan.

Satu lagi elemen unik di masjid ini ialah kewujudan sebuah beduk lama berusia lebih 50 tahun yang pernah digunakan untuk memberitahu orang kampung setiap kali masuk waktu solat.

Jika anda mengunjungi masjid ini, anda dapat membaca info lanjut mengenai sejarah dan fakta pembinaan di satu sudut di masjid ini.

Justeru, bagi mereka yang sedang mencari info mengenai lokasi yang patut dikunjungi di Besut, inilah antara lokasi yang patut anda kunjungi di daerah ini – Masjid Lapan Kubah.

Jangan lupa ‘share’:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Lagi Dari Besut Cruise

Bacaan Berkaitan

33wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Social Business, Nobel Prize, Nasi Dagang

Bacaan Berkaitan

gambar bukit keluang

Kem Damai, Demong, Kayak, Bukit Keluang

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *